Kelas Microsoft Office – Excel & Advokasi

21 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Jun 2020 iaitu pada sebelah petang, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Excel. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menguji kemahiran dan pengetahuan penggunaan Microsoft Powerpoint melalui peperiksaan (test). Mereka turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas ini, peserta menjalani peperiksaan untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan penggunaan Microsoft Excel sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran penggunaan Microsoft Excel.

Selain itu, peserta juga didedahkan dengan Klik Dengan Bijak iaitu online grooming atau pengantunan dalam talian. Mereka dididik dengan maksud, proses pengantunan dan cara untuk menangani diri daripada menjadi mangsa online grooming.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali